Saturday, August 7, 2010

INFO PSS (SENARAI PENYUMBANG)

Pada Tahun 2010 , pss Sk Parit Kemang telah menerima sejumlah buku yang telah disumbangkan oleh bekas pelajar yang telah  menjawat jawatan sebagai pengurus di Bank Negara Malaysia....sila tatapi email yang beliau kirim.

Nama: Hairi bin Adam

Tarikh lahir: 29 September 1975

Belajar di SKPK: 1982 – 1987

Pekerjaan: Pengurus, Bank Negara Malaysia


Pesanan Buat Anak-anak SKPK

Saya harap sumbangan yang tak seberapa ini dapat memberi dorongan buat anak-anak untuk meneruskan minat membaca. Saya sentiasa berpendapat, tidak ada jalan mudah untuk berjaya dalam pelajaran, selain daripada banyakkan membaca. Dan sebagai anak-anak kampung seperti saya dan anda sekalian, kita tidak ada banyak pilihan untuk berjaya dalam hidup, selain daripada pelajaran yang cemerlang. Jadi, untuk hidup berjaya, pelajaran perlu cemerlang, dan pelajaran yang cemerlang itu diraih dengan banyakkan membaca. Segalanya bermula dengan membaca. Membacalah sebanyak-banyaknya dengan rasa riang dan gembira.



Saya dan anda pasti tidak mampu ke bulan, tapi kita mungkin boleh membayangkan pengembaraan ke bulan dengan membaca. Lebih dari itu, kita mungkin leka mendengar ceramah oleh Ustaz di surau tentang harum dan indahnya syurga, yang luas dan bertingkat-tingkat saujana mata memandang, di bawahnya pula mengalir anak-anak sungai yang jernih. Persoalannya, pernahkah Ustaz itu ke syurga? Sama sekali tidak, Ustaz itu hanya membaca Al-Quran dan hadith. Yang dibacanya, diceritakan semula. Kita yang mendengar akan ternganga, sambil membayangkan keindahan syurga. Begitulah hebatnya peranan membaca. Seperti yang saya katakan tadi “membacalah sebanyak-banyaknya dengan rasa riang dan gembira”. Hidup kita akan lebih ceria dan bermakna, selagi yang dibaca itu yang baik dan berguna.

Selagi Allah melimpahkan rezekiNya kepada saya, selama itulah sumbangan ini akan diteruskan, tidak kiralah sekecil mana jumlahnya. Saya doakan kejayaan anak-anak SKPK. Semoga kita mencapai bahagia dunia dan akhirat.

Wassalam.



Kaunter PSS

Friday, July 30, 2010

Solat Hajat Perdana SK Parit Kemang

Tarikh : 30 Julai 2010 (Jumaat)
Masa  : 7.00 malam
Tempat : Dewan Terbuka, SK Parit Kemang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pegasihani....

Majlis ini disertai oleh ibubapa, guru-guru dan pelajar Tahun 6 SK  Parit Kemang. Imam daripada  SK Bukit Gambit Muar, Ustaz Fakhrul Razi, telah dijemput untuk mengetuai majlis ini.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diikuti dengan tazkirah ringkas daripada Ustaz Fakhru Razi.  Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil oleh hadirin. Selepas itu, hadirin menunaikan solat Isya' dan solat hajat bersama-sama.

Selesai solat, tetamu dijamu dengan hidangan makan malam.

 Bacaan Yasin & Solat Hajat


Orang kuat Solat Hajat Perdana - Ustazah Lailiyana


Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jazakumullah....

Majlis Penutup Bulan Membaca 2010

Tarikh : 30 Julai 2010 (Jumaat)
Masa  : 7.30 - 11.45 pagi
Tempat : Dewan Hamzah, SK Parit Kemang


Ceria ...


Antara acara yang dipertandingkan sepanjang majlis ini ialah :
  • Bercerita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Ejaan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Jawi
  • Nyanyian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Ragam peserta dan hakim
 Pemenang membawa pulang hadiah yang disediakan oleh pihak PSS SK Parit Kemang.

"Setiap pertandingan adalah cabaran dan murid-murid harus berani menyahut cabaran ini..."
~Tn Hj. Kamsani bin Semin PIS~

Jawatankuasa PSS SK Parit Kemang mengucapkan jutaan terima ksih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

JOM KE PSS!

Thursday, July 29, 2010

Karnival Pra Sekolah Zon Senggarang 2010

Tarikh : 29 Julai 2010 (Khamis)
Masa  : 7.30 pagi
Tempat : SK Sri Mulia

5 murid telah dipilih bagi mewakili Pra Sekolah As-Syakirin SK Parit Kemang di dalam Karnival Pra Sekolah Zon Senggarang tahun ini.

Antara acara yg disertai oleh peserta dari SK Parit Kemang ialah bercerita (Bahasa Melayu), hafazan dan mewarna.

Berikut adalah antara aksi-aksi yang dirakamkan sepanjang pertandingan.
Comelnya!

Pandainya!
Tahniah diucapkan kepada adik Irdina dari SKPK kerana berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu. Cerita yang disampaikan bertajuk KISAH SANG MONYET.
SKPK Boleh!

Wednesday, July 28, 2010

Bengkel Pembinaan Blog Rasmi Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat

Tarikh : 28 Julai 2010 (Rabu)
Masa  : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : SMK Tun Sardon, Rengit

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama AJK ICT dan Teknologi Pendidikan Daerah Batu Pahat telah menganjurkan bengkel pembinaan blog bagi sekolah-sekolah di sekitar Batu Pahat.

Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dan fasilitator Schoolnet yang telah terlibat untuk menyampaikan takimat dan tunjuk ajar sepanjang bengkel ini dijalankan.

Hasil daripada bengkel ini maka lahirlah Diari SK PARIT KEMANG yang diharapkan dapat menjadi tempat perkongsian informasi dan memori indah warga SK Parit Kemang dengan masyararakat di luar sana.

Salam perkenalan  (^_^)